March 3, 2011

Jawapan dari sebuah mimpi















Aku persembahkan ini sebagai jawapan dari mimpimu... 



Air mataku pernah mengalir untuk sebuah kegembiraan 
Bagaimana aku dapat merasakan sangat bahagia 
Apabila mengenali dan pernah merasa dicintai 
Bersama keyakinan dari mimpi-mimpi yang ditunjukkan Ilahi 
Beserta gerak hati yang aku rasakan benar 
Aku sangat tegar untuk menjalani cinta ini yang semakin getir 
Kerana cinta ini adalah cinta yang kupertahankan 
Cinta yang ingin kuselesaikan apa yang pernah dimulai, 
dengan sebuah akad 
Akad yang menyatukan cinta dua hati 
Bagaimana nanti agaknya aku dapat menjalani cinta 
tanpa keberadaannya yang dekat 
Sedangkan sehari yang aku lalui 
Tanpa sepatah teguran darinya 
Sudah cukup membuatkan jiwaku gelisah 
Sangat cukup membuatkan fikiran liar merayau 

Air mataku mengalir lagi buat sebuah gulana 
Gulana Perpisahan 
Sedang aku merasakan 
Tidak akan ada apa-apa yang berlaku 
Sepanjang waktu bersetia 
Dia mengatakan bahawa jarak  
Adalah tidak mudah dilalui 
Tanpa setia dan pengorbanan ruang untuk sebuah hati 
Tidak akan menjadikan penantian ini 
Lebih terseksa dan payah untuk dijalani....


Aku yang kau panggil sayang
220211
02:45


No comments:

Post a Comment